fbpx

SPiM bantu usahawan Bumiputera terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju melaksanakan Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bagi membantu kelangsungan perniagaan pengusaha Bumiputera akibat Covid-19.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abd. Latiff Ahmad berkata, usaha berkenaan bertujuan membantu IPTS Bumiputera yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 serta meringankan beban ditanggung pengusaha IPTS Bumiputera.

Menurutnya, MARA sebagai agensi pelaksana diperuntukkan RM300 juta dengan RM150 juta diperuntukkan pada tahun ini manakala baki RM150 juta lagi diperuntukkan pada tahun depan.

“SPiM PENJANA IPTS akan dilaksanakan sepenuhnya oleh anak syarikat MARA dengan had pembiayaan tidak melebihi RM50 juta.

“Penilaian had pembiayaan adalah tertakluk kepada keperluan serta keupayaan bayaran balik pembiayaan pemohon,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu, IPTS Bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], adalah kumpulan sasar yang layak memohon Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk IPTS Bumiputera ini.

Semua permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan www.pmbtijari.com.my/spimpenjana.

Soalan-soalan lazim dan perincian permohonan boleh didapati di pautan berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI