fbpx

Liga Super: JDT tundukkan Sabah 4-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF AIMAN diraikan rakan sepasukan setelah menjaringkan gol pertama JDT pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Sultan Iskandar malam ini.- Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjinakkan The Rhinos 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan mengekalkan rekod kemenangan buat enam perlawanan berturut-turut sekali gus terus gah di persada liga selepas mengutip 18 mata.

Dua pemain yang dilepaskan keluar dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya baru-baru ini disebabkan kecederaan iaitu Arif Aiman Hanapi (hamstring) dan Endrick Dos Santos (buku lali) disenaraikan dalam kesebelasan utama menentang Sabah FC.

Benteng pertahanan The Rhinos yang diketuai Gabriel Peres dan Dominic Tan dilihat ampuh menangkis serangan bertali arus skuad bimbingan Esteban Solari dari pelbagai sudut.

Bagaimanapun, benteng ampuh Sabah itu runtuh pada minit ke-20 setelah Forestieri yang melepasi perangkap ofsaid membuat umpanan kepada Arif Aiman yang menyempurnakan peluang itu menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Gol tersebut mengundang kontroversi apabila Irfan Zakaria terjatuh setelah berlaku perlanggaran dengan Arif Aiman ketika pemain sayap itu cuba menyambut hantaran Forestieri, ini menyebabkan perlawanan menjadi lebih agresif.

Pada minit ke-37, Juan Muniz memberikan kegembiraan buat kem Harimau Selatan apabila rembatan jarak jauhnya dari jarak 30 meter berjaya menewaskan Khairul Fahmi bagi meletakkan JDT di kedudukan selesa.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan tidak mengendurkan serangan sebaliknya silih ganti melancarkan serangan ke kubu lawan.

Enggan tunduk begitu mudah di tangan JDT, Kim Swee membawa masuk Baddrol Bakhtiar, Stuart Wilkin dan S. Kumaahran bagi menyuntik tonik kepada jentera serangannya.

Gol yang diburu JDT hadir pada minit ke-81 menerusi jaringan pemain gantian, Syahmi Safari yang menyempurnakan umpanan Arif Aiman sekali gus melumpuhkan semangat juang The Rhinos yang cuba bangkit pada perlawanan itu.

Sebelum perlawanan berakhir, Forestieri berjaya memahatkan namanya dalam senarai penjaring pada minit ke-88 sekali gus menambah derita buat pasukan pelawat.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI