fbpx

Wanita tidak pakai tudung boleh didenda RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita-wanita yang tidak memakai hijab akan dikenakan denda RM311,178 di Iran. - Foto AFP

TEHERAN – Wanita yang tinggal di Iran boleh didenda sehingga 2.9 bilion riyal Iran (RM311,178) jika melanggar undang-undang hijab baharu oleh pemerintah yang menuntut mereka memakai tudung kepala setiap kali berada di luar rumah, lapor MailOnline semalam.

Ahli Parlimen Iran, Hojjat ol-Eslam Hossein Jalali berkata Ahad lalu bahawa denda itu boleh dikenakan terhadap wanita yang tidak bertudung semasa menaiki kenderaan, makan di restoran, di sekolah dan universiti serta di jalanan termasuk ruang awam lain.

Undang-undang itu adalah cara alternatif untuk menguatkuasakan peraturan pemakaian hijab berikutan kegagalan kaedah keras oleh ‘polis moral’.

Ia berlaku selepas kematian seorang gadis, Mahsa Amini pada September tahun lalu selepas dia ditahan kerana tidak memakai hijab dengan sempurna sehingga mencetuskan protes besar-besaran di seluruh Iran.

Sebarang penyertaan dalam penentangan awam terhadap pemakaian hijab akan membawa akibat yang teruk seperti pendakwaan dan pemenjaraan.

Menurut Jalali, peraturan itu dimuktamadkan selepas sebanyak 300 mesyuarat dengan Majlis Tertinggi Revolusi Kebudayaan dan Majlis Keselamatan Negar diadakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI