fbpx

Panipuri makanan tradisi India popular di bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Fais Sheik Ibrahim (kiri) dan Mohd. Thaniff Saleem menunjukkan juadah istimewa panipuri maharaja di TeaKadai, Lebuh Queen, George Town baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Panipuri yang me­rupakan satu makanan tradisi dari India semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat negara ini.

Rasanya yang manis, masam dan pedas mampu membuka selera ketika berbuka puasa atau dijadikan hidangan semasa moreh sepanjang Ramadan ini.

Pemilik cafe TeaKadai, Mohamed Rizdwan Abdul Ghafoor Khan berkata, hidangan panipuri maharaja itu berlainan daripada panipuri biasa yang sebelum ini turut dijual di kafenya.

“Panipuri asli kita menggunakan inti yang mengandungi masala, ubi, bawang dan pudina serta dimakan dengan sos khas.

“Bagi panipuri maharaja pula, ia lebih istimewa kerana kita meletakkan lebih 10 jenis kekacang campuran, badam, kurma merah, kismis, walnut, delima, mini cornflakes dan sosnya pula adalah yogurt,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Mohamed Rizdwan, idea memperkenalkan panipuri maharaja pada bulan Ramadan kerana mahu menyediakan makanan yang lebih berkhasiat buat para pelanggan.

“Panipuri maharaja ini mempunyai lebih protein, malah buah delima serta yogurt juga memberikan kesegaran kepada mereka yang berbuka puasa ­dengannya.

“Pelanggan hanya perlu meletakkan sos yogurt di dalam peti ais sebelum memakannya ketika berbuka puasa nanti. Setakat ini maklum balas yang diterima sangat baik dan panipuri maharaja disukai ramai,” ujarnya.

Tambahnya, panipuri maharaja itu boleh diperoleh di cafe TeaKadai di Lebuh Queen di sini pada harga RM7.50 bagi setiap set.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI