fbpx

PH Melaka sokong kerajaan perpaduan di bawah Ab. Rauf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF Yusoh ketika hadir mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka menyatakan sokongan terhadap kerajaan perpaduan yang bakal ditubuhkan di bawah kepemimpinan Ketua Menteri yang baharu, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, pihaknya bersedia memberikan kerjasama yang optimum dengan Barisan Nasional (BN) demi mewujudkan kestabilan politik di negeri ini.

“Secara dasarnya, PH Melaka menyokong penubuhan kerajaan perpaduan di Melaka.

“PH Melaka akan berusaha untuk bekerjasama dengan BN Melaka demi memastikan kestabilan politik negeri dapat diwujudkan dan seterusnya kemakmuran ekonomi negeri dapat dipertingkatkan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil.

Ab. Rauf mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, kira-kira pukul 3.33 petang tadi.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Dewan Seri Utama.

Ab. Rauf, 61, yang juga ADUN Tanjung Bidara sebelum ini berkhidmat sebagai Pengerusi Kanan Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan Melaka dicalonkan UMNO bagi menggantikan ADUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang melepaskan jawatannya berikutan masalah kesihatan.

Beliau turut menjawat jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka dan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI