NAMA Jung Kook yang merupakan salah seorang anggota kumpulan popular BTS tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum.
Ketampanan penyanyi Korea Selatan itu juga tidak perlu diperdebatkan. Dia sah-sah sudah mencairkan hati ramai peminat.
Terbaharu, fotonya yang mempromosikan sebuah jenama pakaian terkenal dunia tular dalam kalangan peminat tempatan apabila dikatakan mempunyai persis pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf.
Semuanya disebabkan gaya potongan rambut ‘mulet’ yang dimiliki dua jejaka tersebut.
“Dan aku Jung Kook, kapla High Council Hybe.
“Rambut Jung Kook buatkan teringat pada Amir, sama!” komen netizen.
Bagaimanapun, terdapat juga netizen yang kurang bersetuju apabila mereka disamakan. Jangan bergaduh ya!