fbpx

Ramai geram, susah jumpa peniaga bazar jual kuih tanpa dibungkus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trend jual kuih secara bungkus lebih banyak dilihat di bazar Ramadan.

PETALING JAYA – Biarpun bazar Ramadan tahun ini disifatkan meriah, namun tidak banyak peniaga dilihat menjual juadah kuih-muih tanpa dibungkus terlebih dahulu.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, orang ramai lebih gemar untuk membeli kuih-muih yang belum dibungkus bagi mengelakkan pembaziran duit dan makanan.

“Saya lebih gemar beli kuih yang dijual satu-satu berbanding yang sudah siap dibungkus. Kita boleh campur-campur. Mahal sikit pun tidak mengapa janji boleh beli pelbagai jenis kuih dalam kuantiti yang sedikit.

“Tambah geram, kalau kuih yang kita beli itu tak seberapa rasanya. Akhirnya tak habis dimakan dan ke tong sampah lah jawabnya,” kata seorang pengguna.

Tambah pengguna terbabit, menjual kuih secara bungkus tidak perlu dinormalisasikan menyebabkan pembeli tidak dapat membuat pilihan.

Seorang lagi pengguna iaitu Amin berkata, kuih yang dijual tanpa dibungkus adalah lebih jimat dan fleksibel.

Bagaimanapun, terdapat segelintir berpandangan bahawa kuih siap dibungkus adalah lebih baik dari segi kebersihan.

“Lalat bang, habuk lagi. Sebab itu banyak orang jual siap bungkus. Satu lagi kalau kuih jenis lembik, susah nak bungkus campur dengan kuih lain,” kata Azfar.

“Jual macam ini timbul isu kebersihan bila musim lalat banyak. Apabila lalat banyak, pelanggan lari sebab tu susah nak jumpa peniaga macam ini sekarang,” ujar Adam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI