fbpx

Suami, isteri trauma disergah lelaki asing di balkoni rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar keadaan rumah yang dimuat naik Phoebe Shafinaz di Twitter, semalam.

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri mengalami trauma selepas melalui detik menakutkan apabila dua lelaki asing memanjat balkoni rumah mereka di tingkat 12 sebelum cuba menyelinap masuk.

Berkongsi perkara itu, Phoebe Shafinaz menerusi hantaran di Twitter berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 12.43 tengah malam semalam, ketika dia dan suami sedang berehat di ruang tamu.

“Saya sedang skrol telefon apabila suami saya tiba-tiba menjerit. Saya mendongak dan melihat seorang lelaki tinggi di balkoni rumah.

“Lelaki itu cuba membuka pintu gelongsor apabila kami melihat seorang lelaki lain baru turun ke balkoni saya dari tingkat atas.

“Kami berdua menjerit pada ketika ini dan suami saya berlari ke pintu untuk pastikan pintu dikunci rapat. Kemudian kami terus hubungi polis, pihak keselamatan dan menghantar mesej sos (kecemasan) dalam kumpulan WhatsApp kondo,” katanya.

Dalam pada itu, Phoebe akui dia masih paranoid (trauma) namun tetap bersyukur kerana tidak sempat diapa-apakan dalam kejadian terbabit.

“Bagaimana jika kita tidak kunci pintu? Apa yang akan berlaku jika lelaki itu berjaya masuk? Saya mahu percaya lelaki itu hanya melarikan diri daripada sesuatu.

“Tetapi tuhanku, mendaki dari balkoni ke balkoni lain dan saya tinggal di tingkat 12. Itulah sebabnya saya sentiasa paranoid. Namun syukur, Allah masih sayangkan kami,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia menjelaskan, perkara paling manis dipelajari Phoebe daripada pengalaman tersebut adalah tindakan suaminya yang sanggup melakukan apa-apa demi keselamatan dirinya.

“Kami tidak dapat tidur semalam selepas kejadian itu. Jadi dia tempah hotel supaya kami boleh tidur beberapa jam sebelum bekerja.

“Saya cadangkan semua orang di luar sana sentiasa mengunci pintu dan tingkap anda. Satu perkara yang begitu mudah tetapi boleh menjadi sebab anda masih hidup,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI