fbpx

Penganggur didakwa pecah amanah RM113,263.50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosaidi Ismail, 47, diiringi anggota polis ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di sini sejurus tidak mengaku salah melakukan tiga pecah amanah.

Oleh MOHD SHAHRULANOOR ISHAK

KUANTAN – Seorang penganggur tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi 18 pertuduhan pecah amanah membabitkan RM113,263.50 pada Januari lalu.

Mengikut pertuduhan, Rosaidi Ismail, 47, dituduh tidak menyerahkan sejumlah wang tersebut yang merupakan wang hasil jualan ayam kepada bekas majikannya, PK Agro Industrial Products Sdn. Bhd. di sini.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada tempoh antara 9 hingga 30 Januari lalu di premis bekas majikannya ketika masih bekerja sebagai jurujual ayam segar.

Bagi semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Mengikut seksyen di bawah kanun tersebut, Rosaidi boleh dipenjara tidak kurang 12 bulan dan maksimum 14 tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Setelah mendengar kertas pendakwaan dibacakan, Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan jaminan RM36,000 bagi semua 18 pertuduhan tersebut.

Selain itu, Siti Aminah turut menetapkan 30 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhd. Muhairi Mohd. Noh, manakala tertuduh diwakili peguam Rusnizam Abdullah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI