fbpx

Tak guna puasa kalau tak solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Seorang penceramah bebas, Dr. Kamilin Jamilin membahaskan isu mengenai kaitan ibadah solat dan puasa pada sesi temu ramah di sebuah program baru-baru ini.

Melalui akaun Instagram miliknya, Dr. Kamilin mengatakan orang yang tidak solat tapi dia berpuasa ini mempunyai beberapa pandangan.

“Jika seseorang memang ingkar melakukan solat, maka ibadah puasa yang dilakukan adalah tidak sah.

“Hal ini demikian kerana solat merupakan rukun Islam yang paling penting. Jika rukun terpenting ini tidak dilakukan secara tetap, maka sudah jatuh kufur (ingkar suruhan).

“Bahkan jika dia meninggalkan solat dan dia tahu solat itu suatu kewajipan, tetapi menjadikan alasan sifat malas dan diri berasa lemah untuk dilakukan, maka puasanya sah tetapi masih berdosa,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI