fbpx

Kaji semula penutupan dua laluan di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan di FT2747 KM3.9 (Simpang Hospital) sehingga KM2.4 (Jambatan Taman Damar) di Gua Musang masih dibuka untuk pengguna jalan raya hari ini. -Foto AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Martabat Sejagat (Martabat) berharap pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji semula arahan penutupan dua laluan di sini selama sebulan bagi pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C.

Setiausahanya, Mohd. Khairulhisham Norudin berkata, selaku pertubuhan yang mewakili anak perantau di daerah ini, pihaknya membantah tindakan penutupan laluan itu kerana ia merupakan laluan utama Gua Musang-Kuala Lipis.

Menurutnya, situasi itu dikhuatiri akan menyebabkan kesesakan jalan raya luar biasa di samping mengganggu urusan seharian penduduk sekitar terutamanya musim perayaan yang bakal tiba nanti.

“Ia melibatkan dua laluan utama yang digunakan pengguna serta laluan utama buat anak perantau di Kelantan setiap hari.

“Tindakan menutup laluan utama pada tempoh tersebut juga dikhuatiri memberi kesan terhadap kelancaran perjalanan pengguna jalan raya terutamanya buat anak perantau di Kelantan yang dijangka akan mula membanjiri daerah ini bermula 21 April nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Khairulhisham, mengikut jangkaan, kira-kira sejuta pengguna jalan raya akan melalui jalan berkenaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 23 April depan.

Katanya, sehubungan itu, Martabat mencadangkan pihak berkaitan fokus terhadap kerja pemasangan cerucuk di laluan lain terlebih dahulu memandangkan penutupan yang dijangka berakhir pada hujung April tersebut berkemungkinan akan mengambil masa yang lebih panjang.

Katanya, buat masa ini, terdapat banyak kerja-kerja masih belum dijalankan dan pihaknya tidak yakin tempoh sebulan mencukupi untuk melakukan kerja berkenaan.

Sementara itu, memetik kenyataan Pengarah JKR Kelantan, Ir. Mohd. Suhaili Ismail di laman sosial Facebook berkata, pihaknya mengambil maklum kegusaran orang ramai mengenai kesan penutupan jalan yang akan meningkatkan kesesakan di musim perayaan yang akan tiba nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI