fbpx

Inti karipap bau ‘sampah’, berkulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan inti karipap yang dibeli Emma didakwa telah berkulat dan berbau.

PETALING JAYA – Jika sebelum ini tular tentang ‘karipap oksigen’, kini lebih dasyat apabila intinya telah berkulat dan berbau seperti sampah.

Dalam satu perkongsian Emma Razali di media sosial baru-baru ini, dia terkejut apabila dua paket karipap goreng yang dibelinya dari sebuah bazar Ramadan di sekitar Kuantan, Pahang telah rosak dan tidak dapat dimakan ketika waktu berbuka semalam.

“Assalamualaikum. Kepada peniaga-peniaga bazar Ramadan rasanya dah banyak kali viral pasal makanan-makanan yang tak elok, tak sangka hari ini (semalam) terkena pada saya juga.

“Hari ini (semalam) saya ada beli dua paket karipap, tapi karipap yang dah berkulat. Mak dan kakak saya dah termakan sekali gigit, kakak saya beritahu karipap rasa pahit, bila dibuka tengok inti terkejut inti dah berkulat dan kulit karipap pun berminyak macam dah banyak kali goreng.

“Dibuka satu-satu karipapnya, semua inti berkulat, dengan pakej bau sampah,” kongsinya dalam satu hantaran.

Menurut pembeli itu, ini adalah pengalaman kali pertama dia terkena dengan makanan bazar yang telah rosak namun masih dijual kepada pelanggan.

“Seumur hidup saya ini makanan yang paling teruk yang pernah saya beli. Bukan setakat berlendir rasa masam atau basi, tapi ini dah sampai tahap berkulat, macan dah tiga ke empat punya karipap yang tak habis tapi digoreng semula.

“Bayangkan kalau makanan sampah macam ini dimakan kanak-kanak, ibu mengandung, berbaloi ke dengan untung jualan karipap itu menyebabkan orang lain sengsara keracunan makanan?,” solnya.

Emma turut mengingatkan peniaga di bazar Ramadan untuk berniaga dengan ikhlas dan mengutamakan kualiti makanan sebelum dijual kepada pelanggan.

“Nak menjual biarlah ikhlas dan bertanggungjawab.

“Di sini saya sertakan gambar-gambar ‘close up’ (secara dekat) setiap satu karipap berkulat itu, warga Kuantan boleh nilaikan sendiri macam mana. Bagi saya isu makanan berkulat dijual pada orang ini tahap melampau dan tak boleh diterima akal,” tegasnya.

Dalam pada itu, Emma juga memaklumkan akan berjumpa dengan peniaga tersebut semula dengan membawa kesemua karipap yang dibelinya sebagai bahan bukti.

“Esok (hari ini) saya akan datang sendiri berjumpa penjual kuih tersebut dan bawa karipap kulat ni untuk dia nilai sendiri tahap kualiti makanan yang dijual, harap akak jangan tutup gerai pula ya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI