fbpx

[VIDEO] Dua rumah musnah terbakar, wanita melecur di muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua buah rumah musnah terbakar di Residensi Platinum, Teratai Jalan Sulaiman, tengah malam tadi. Foto oleh Bomba Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Dua buah rumah habis musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran berhampiran Residensi Platinum, Teratai Jalan Sulaiman, di sini, tengah malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.23 tengah malam sebelum menghantar jentera ke tempat kejadian.

Katanya, seramai 30 anggota dan keluaran sebanyak enam buah jentera digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Setapak, BPP Gombak Selatan dan BPP Jalan Hang Tuah ke lokasi tersebut.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat kebakaran melibatkan dua buah rumah lot jenis kelas C.

“Operasi pemadaman mengunakan teknik ‘offensive’ dan ‘defensive’ untuk memadam kebakaran daripada merebak.

“Keluasan kebakaran adalah 2,100 kaki persegi dan terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, seorang mangsa wanita melecur di muka telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Ujarnya lagi, api dapat dikawal pada pukul 1.08 pagi dan punca serta kerugian kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI