fbpx

2 lelaki edar dadah dalam bentuk cecair vape dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar botol cecair vape yang dicampur dengan dadah.

PETALING JAYA – Kegiatan dua lelaki memproses dan mengedar dadah dalam bentuk cecair vape akhirnya tumpas apabila dicekup polis, di Setapak, Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Menerusi kenyataan di Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) hari ini, sindiket tersebut mula aktif sejak hujung tahun lepas.

“Pengedar menghantar sendiri perisa vape ke Kuala Lumpur untuk suspek mencampurkan cecair dadah.

“Suspek kemudian menghantar sekitar Lembah Klang menggunakan perkhidmatan kurier. Perisa vape ini akan memberi kesan khayal dengan lebih cepat.

“Sebanyak 90 botol cecair vape mengandungi dadah dengan anggaran isi padu 900 mililiter (mm) bernilai RM13,500 telah ditemui dalam kereta suspek,” katanya.

Sehubungan itu, dua lelaki warga tempatan berusia 20 dan 22 tahun ditahan kira-kira pukul 11.20 pagi di Jalan Usahawan, Setapak, disini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman selama enam hari bermula Selasa lepas bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI