fbpx

Jiran kesal tak sempat selamatkan empat beradik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI bercerita mengenai usahanya bersama jiran-jiran dalam membantu keluarga yang kehilangan empat anak dalam kebakaran kelmarin.

MUAR – Seorang lelaki membe­ritahu dia menyangka semua penghuni di dalam rumah yang terbakar di Kampung Sabar Awor, Jalan Ismail di sini kelmarin telah keluar kerana jeritannya tidak bersahut ketika dia datang untuk memberikan bantuan.

Zulkifli Mat, 44, berkata, dia kemudian terkejut apabila mendapat tahu terdapat empat budak yang terperangkap di dalam kebakaran selepas ibu mereka pulang dan terus meraung apabila melihat rumah itu hangus.

Katanya, dia menyedari ­rumah itu terbakar ketika duduk di laman rumah selepas berbuka.

“Saya pergi ke laman untuk mengambil angin sebelum solat maghrib. Tanpa diduga, saya pe­rasan asap berkepul lebih kurang 20 meter dari rumah.

“Hati saya mula tak sedap ­apabila melihat pula lampu jalan berkelip. Saya capai kunci motosikal dan bergegas ke rumah berkenaan,” katanya ketika ditemui.

Anggota bomba mencari empat beradik di Kampung Sabar Awor, Jalan Ismail, Muar kelmarin.

Menurut Zulkifli, sebaik tiba, dia lihat api sudah marak dan memusnahkan hampir separuh kediaman sebelum menghubu­ngi bomba dan membantu me­madamkan api dengan sumber air berhampiran.

Tambahnya, ketika itulah dia menjerit sekuat hatinya kerana bimbang jika ‘ada mangsa terpe­rangkap.

“Saya dekati rumah, pergi ke ruang hadapan sebelum ke arah bilik tidur dan pusing hingga ke dapur memanggil penghuni di dalam, namun senyap,” katanya.

Ujar Zulkifli, dia sangka tiada sesiapa di dalam kerana melihat kereta Perodua Kancil keluarga itu tiada.

“Namun apabila si ibu sampai, dia terus meraung kata empat anak dia ada di dalam. Kami semua jadi panik,” katanya.

Berita berkaitan: 4 beradik maut: Ibu mangsa keluar cari makanan berbuka puasa

Berita berkaitan: 4 beradik maut selepas berbuka puasa, rumah didiami terbakar

Menurut Zulkifli, dia tidak rapat dengan mangsa tetapi biasa melihat kelibat mereka bermain-main di sekitar kawasan kampung.

“Saya terkilan tak dapat selamatkan mereka. Jika saya tahu mereka ada, sudah tentu saya berusaha pecahkan tingkap atau dinding bersama penduduk lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI