fbpx

Hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 7 malam.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, antara negeri yang dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Selangor antaranya di daerah Klang dan Petaling, Negeri Sembilan antaranya di Jelebu, Seremban, Port Dickson, manakala Johor di daerah Tangkak, Segamat dan Muar.

“Sementara itu di Sarawak cuaca buruk dijangka melanda Sri Aman, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang manakala di Sabah membabitkan daerah Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat,” katanya.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI