fbpx

FIFA lucut hak penganjuran Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGANJURAN saingan Piala Dunia B-20 di Indonesia terpaksa dibatalkan oleh FIFA ekoran tunjuk perasaan menuntut agar Israel tidak dibenarkan bertanding. – AFP

LAUSANNE – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah melucutkan hak penganjuran Indonesia sebagai tuan rumah Pia­la Dunia Bawah 20 tahun (B20) dari 20 Mei hingga 11 Jun depan.

Ia gara-gara pergolakan politik mengenai penyertaan Israel pada kejohanan itu bermula dengan pembatalan undian rasmi yang sepatutnya diadakan di Bali pada Jumaat lalu.

Indonesia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dan baru-baru ini juga penunjuk perasaan mengadakan perarakan menuntut agar Israel tidak dibenarkan bertanding sebagai sokongan kepada Palestin.

Selain gabenor Bali menggesa Israel disingkirkan daripada kejohanan itu, kira-kira 100 penunjuk perasaan Islam konservatif ber­arak di ibu kota Jakarta bulan ini untuk membantah penyertaan negara itu.

“Tuan rumah baharu akan diumumkan secepat mungkin dan tarikh penganjuran tidak ber­ubah. Potensi hukuman terhadap PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) akan diputuskan kemudian,” menurut kenya­taan daripada FIFA.

Kegagalan Indonesia menjadi tuan rumah boleh mengakibatkan sekatan tidak dibenarkan menyertai pertandingan antarabangsa lain termasuklah kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia serta kerugian dari segi ekonomi.

“Selepas menyampaikan surat daripada (Indonesia) Presiden Jokowi dan berunding dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino, kami mesti menerima keputusan FIFA membatalkan penganjuran kejohanan yang kami nantikan.

“Indonesia adalah ahli FIFA, jadi untuk urusan bola sepak antarabangsa, kami mesti mengikut peraturan yang sudah ditetapkan. FIFA meng­anggap situasi sekarang tidak boleh diteruskan, jadi kami perlu akur dengan keputusan yang telah dibuat,” kata Presiden PSSI, Erick­ Thohir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI