fbpx

Rezeki tak salah alamat, Ameer Sofazr timang anak sulung lepas 5 tahun kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ameer memaklumkan Saidatul selamat melahirkan anak pertama mereka semalam.

PETALING JAYA – Rezeki tidak pernah salah alamat. Buat vokalis kumpulan Sofazr, Ameer rezeki untuk mendapatkan cahaya mata akhirnya diperkenankan dan dimakbulkan Allah SWT.

Selepas lima tahun menanti, Ameer atau nama sebenarnya, Amir Mahiyidin memaklumkan isterinya, Saidatul Nazriah Abdul Latif selamat melahirkan anak pertama mereka semalam.

Ameer berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu hantaran dalam Instagramnya.

Berita mengembirakan itu dikongsikan Ameer, 37, Amir Mahiyidin menerusi akaun Instagram miliknya.

Ameer memberitahu anak perempuannya seberat 3.1 kilogram itu selamat dilahirkan pada pukul 7.40 petang semalam.

Menerusi perkongsian itu, Ameer meluahkan rasa syukur proses bersalin berjalan dengan lancar dan mengucapkan terima kepada mereka yang mendoakan kesejahteraan buat isteri dan cahaya mata sulungnya itu.

Menggunakan tanda pagar #penantian5tahun, Ameer menulis: “Insya-Allah dengan rezeki & amanah yang diberikan oleh-NYA, akanku jaga sepenuh hayat.”

Bagaimanapun, setakat ini Ameer belum lagi mendedahkan wajah dan nama anak perempuannya kepada umum.

Ameer dan isteri mendirikan rumah tangga dengan Saidatul Nazriah Abdul Latif pada Januari 2015. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI