fbpx

Bila isteri sudah tawar hati dengan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Diana, Puteri Sarah dan Pachara Apin

Kebelakangan ini hangat kisah perkahwinan selebriti, orang ternama yang hampir menemui noktahnya. Semalam isteri Tan Sri Musa Hasan, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil failkan penceraian ekoran perbalahan berpanjangan.

Sebelum ini, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof, Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada, Afiq Muiz dan Pachara Apin serta Diana Danielle dan Farid Kamil.

Semuanya punya kisah tersendiri, namun terdapat banyak persamaan iaitu si isteri tampil menuntut hak daripada lelaki demi maruah dan anak-anak.

Bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak atau menjadi hakim atas permasalahan mereka, namun banyak yang boleh dipelajari.

Wanita jika sayang lebih separuh nyawa, jika sekali ditipu, ditindas dan dipermainkan boleh buatkan hidup si lelaki huru-hara.

Bahagia hadir jika dua hati saling bertoleransi, berusaha memahami pasangan biarpun ia bukan mudah, malah ada antaranya memerlukan 10 tahun, kurang atau lebih.

Seperti kisah kenalan penulis, ikatan perkahwinannya terlerai pada usia ke-11, ibu kepada tujuh cahaya mata itu angkat kaki, tidak mampu menahan amarah si suami.

Sering kali menjadi mangsa hinaan dan makian sehingga mendatangkan trauma dan tawar hati dengan ikatan cinta.

Biarpun kini si lelaki datang dengan seribu hadiah emas permata, kata-kata janji, bunga penuh bilik, namun hati yang hancur tidak mampu diubati.

Wanita boleh menjadi selembut-lembutnya dan sekeras-keras batu. Mereka sangat peduli tentang hal kecil yang sering dipandang enteng oleh suami.

Saat suami mahukan perhatian, wanita juga begitu, saat lelaki mahu dihormati, isteri juga turut sama.

Wanita ini mudah, jika baik dengannya seribu kali dia akan baik dengan anda, jika sekali hatinya hancur, kepercayaan hilang maka lenyaplah segala kemanisan.

Jangan ambil mudah luahan isteri, jangan sesekali menidakkan permasalahan yang diutarakan, kecil pada suami besar isu pada isteri.

Simpan lama-lama akhirnya jadi barah yang tidak mampu dirawat. Maka jangan hairan jika mereka angkat kaki, itu sahaja jalan penyelesaian.

Wanita ke mahkamah lazimnya bukan kes sehari dua tetapi bertahun yang tidak mampu ditanggung.

Perkahwinan antara dua pihak, usaha berseorangan tidak menjadi. Kita mahu dilayan, diberi perhatian dan diambil berat maka harus sama-sama bertindak.

Hargailah pasangan, jangan khianati cinta. Berbincang walau hal yang remeh. Isteri jangan mendambakan hidup kayangan jika pasangan belum mampu, suami jangan diminta layan bak raja sekiranya anda juga malas.

Fikirlah baik-baik demi cahaya mata, jangan biar mereka menderita. Itu amanah kita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI