fbpx

Sindiket seludup arak bernilai lebih RM5 juta tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MISBAHUDIN menunjukkan minuman keras yang dirampas di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai, Gelang Patah, Iskandad Puteri hari ini.

GELANG PATAH – Cubaan sindiket menyeludup masuk minuman keras pelbagai jenama kecundang apabila lapan kontena membawa barangan tidak bercukai itu bernilai RM5.167 juta disita Bahagian Penguatkuasaan Kastam Marin Sungai Pulai, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor, awal bulan ini.

Pengarah Kastam Negeri Johor, Misbahudin Parmin berkata, lapan kontena yang dikesan mengandungi minuman keras pelbagai jenama itu disita di Pelabuhan Klang, Selangor pada 6.30 petang, 3 Mac lalu.

Beliau berkata, kegiatan penyeludupan minuman keras itu berjaya dipatahkan setelah menerima maklumat dan mendapat kerjasama Risikan Zon Selatan sebelum melakukan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas dokumen pengikraran Borang Kastam 1 (BK1), dagangan yang diikrar adalah alat ganti mesin, tidak sama dengan muatan yang terdapat dalam kontena.

“Modus operandi sindiket penyeludupan ini adalah dengan membuat pengikraran palsu dan perakuan tidak benar dalam BK1 bagi mengaburi mata pihak berkuasa serta mengelak dari dikenakan duti import.

“Pemeriksaan ke atas kontena tersebut mendapati ia sarat dekat kotak yang mengandungi minuman yang tidak bercukai, malah mereka tidak cuba menyorokkan dengan barangan lain,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai di sini hari ini.

Beliau berkata, anggaran barang dagangan yang dirampas adalah bernilai RM922,000 dan jumlah duti dan cukai terlibat bernilai lebih RM4.16 juta.

Katanya, lapan kontena yang disita itu dianggarkan bernilai RM80,000 menjadikan jumlah keseluruhan dagangan termasuk cukai dan kontena adalah lebih RM5.16 juta.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barangan tidak berkastam atau barangan larangan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI