fbpx

Ribut di Perlis akibatkan kerugian hampir RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kawasan niaga yang terjejas ribut di Kangar Jaya di Kangar pada semalam.

KANGAR – Nilai kerugian akibat kerosakan kediaman, harta benda dan perniagaan akibat kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan di negeri ini hampir mencecah RM1 juta sehingga tengah hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, data diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia setakat pukul 12 tengah hari tadi merekodkan sebanyak 297 laporan polis telah diterima.

“Kebanyakan laporan diterima adalah aduan daripada orang ramai yang melaporkan kerosakan kediaman, harta benda dan premis perniagaan dengan bilangan kes tertinggi di kawasan Kangar dengan 289 laporan.

“Anggaran kerugian yang dialami oleh mangsa dilaporkan mencecah RM973,680 dan banyak kerosakan telah dilaporkan melibatkan kediaman, premis perniagaan dan gerai penjaja terutama yang sedang menjalankan perniagaan di bazar Ramadan kawasan sekitar,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Walau bagaimanapun katanya, tiada laporan mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa diterima setakat ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Hasnol Zam Zam berkata, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bencana Negeri Perlis telah dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPS) sedang giat menjalankan siasatan dan lawatan tapak ke rumah-rumah mangsa.

Katanya, lawatan tapak itu berdasarkan kepada laporan yang diterima daripada pemimpin masyarakat, amil dan imam di setiap kariah dan juga daripada mangsa sendiri sejak petang semalam.

“Pihak JKM akan menyalurkan bantuan kepada semua mangsa terlibat khususnya bagi membaiki kerosakan kediaman masing-masing berdasarkan garis panduan sedia ada manakala pihak MAIPs akan menyalurkan bantuan bagi membaiki kerosakan besar.

“MAIPs juga akan menimbangkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang berada di luar Garis Panduan JKM berdasarkan kes tertentu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI