fbpx

4 beradik maut: Segala aspek kejadian kebakaran disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIZ MUKHLIZ ditemui media di pekarangan Jabatan Forensik HPSF Muar, hari ini.

MUAR – Siasatan penuh akan dijalankan polis termasuk meneliti sekiranya terdapat elemen kecuaian sehingga mengakibatkan kematian empat beradik dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Sabak Awor, Jalan Ismail, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, setakat ini, pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada forensik bomba berhubung punca kebakaran.

“Dalam masa sama, kita juga menunggu proses bedah siasat yang dijangka dijalankan pada pukul 2.30 petang ini.

“Sebaik semua laporan diterima, kertas siasatan akan dibawa kepada pendakwaraya dan sekiranya wujud elemen kecuaian yang dikemukakan pihak bomba atau unsur jenayah tidak disengajakan, fokus kita ke arah membawa kertas siasatan ini kepada pihak pendakwa raya untuk ‘study case’.

“Kita lihat sama ada kecuaian itu adalah kecuaian yang ketara atau satu ketinggalan jenayah atau pun satu ketinggalan jenayah yang tidak disengajakan,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal setakat ini tidak menolak punca kebakaran berkemungkinan adalah daripada litar pintas di bahagian dapur, bagaimanapun ia masih dalam siasatan.

Semalam, Kosmo! melaporkan empat beradik maut selepas kediaman dihuni mereka di Lorong Haji Muhammad, Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor di sini, terbakar.

Dalam kejadian pukul 7.49 petang itu, mangsa dikenali sebagai Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd. Hakim, 6, Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3, ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik air di bahagian dapur rumah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI