fbpx

Dewan Rakyat: Enam subjek teras di sekolah kekurangan guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam subjek teras di sekolah memerlukan penambahan bilangan guru setakat 28 Februari lalu termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Timbalan Menteri Pendidikan (KPM), Lim Hui Ying berkata, mata pelajaran lain adalah Pendidikan Islam, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Seni Visual serta Sejarah.

“KPM telah melaksanakan pengambilan guru sebanyak 22,327 guru melalui kaedah `one-off’ dan kluster mata pelajaran bagi tempoh 2021 hingga Januari 2023.

“Kita namun ada perancangan untuk melakukan pengambilan guru pada April hingga Jun ini iaitu kita akan ambil guru dari universiti luar,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengenai kekurangan guru sekolah bagi subjek pendidikan teras dan usaha untuk mengatasinya.

Dalam pada itu, Hui Ying menjelaskan, pengambilan guru tertakluk kepada kekosongan jawatan serta keperluan opsyen mata pelajaran dan calon guru yang tidak berjaya boleh terus memohon sehingga umur 45 tahun.

Menurut beliau, graduan boleh memohon semula melalui mySPP selepas tempoh enam bulan dari tarikh keputusan dikeluarkan di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“Mungkin ada sesetengah graduan yang tidak dapat menjadi guru, tidak dipanggil temuduga, ini adalah disebabkan opsyen itu berlainan dengan apa kita perlukan di KPM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI