fbpx

Pembangkang harap Ketua Menteri Melaka baharu teruskan agenda rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. YADZIL YAAKUB.

MELAKA – Perikatan Nasional (PN) negeri mahu Ketua Menteri Melaka yang baharu terus memberi fokus membawa agenda rakyat yang sedang tersepit dengan kos sara hidup tinggi.

Pengerusinya, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub berkata, pihaknya menghormati keputusan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang meletak jawatan sebagai pemimpin nombor satu di negeri ini.

Tegas beliau, PN kekal dengan pendirian tidak mencampuri urusan kemelut politik yang sedang berlaku dalam Barisan Nasional (BN) Melaka.

“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau atas jasa yang telah dicurahkan sepanjang memegang jawatan Ketua Menteri.

“Saya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN yang lain kekal komited sebagai pembangkang yang berwibawa. Kami akan terus memperjuangkan suara rakyat dan menjalankan tugas semak dan imbang yang baik kepada kerajaan negeri.

“PN dengan prinsip prihatin, bersih dan stabil akan terus membantu rakyat walau siapa pun yang dilantik sebagai Ketua Menteri atau kerajaan negeri yang memerintah,” katanya yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal berlangsung esok, pukul 3 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI