fbpx

Kisah minyak wangi Siti Sarah, rindu Uwais meruntun hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENANGAN hidup dan sifat lucu Allahyarham Siti Sarah sentiasa dalam ingatan anak sulungnya, Uwais.

PETALING JAYA – Anak sulung kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Uwais Alqarni meruntun emosi netizen apabila berkongsi kerinduan terhadap ibunya menerusi cerita disebalik bau minyak wangi kegemaran penyanyi itu.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram milik Sarah, Uwais, 12, menceritakan kisah permulaan disebalik minyak wangi yang menjadi antara kegemaran ibunya sewaktu mereka sama-sama bercuti di Australia, suatu ketika dahulu.

Ujar Uwais, ibunya telah jatuh hati dengan aroma minyak wangi tersebut selepas tercium baunya daripada seorang wanita lain yang memakai minyak wangi itu.

“Pada satu hari, saya nak beli baju di Australia (bersama ibunya). Tiba-tiba ada seorang wanita lalu dan ibu berkata wanginya (sambil tercium-cium bau).

“Saya tanya ibu, apa yang wangi. Ibu cakap wanita itu wangi,” cerita Uwais.

Kerana tertarik dan mahu tahu jenama minyak wangi yang dipakai, Sarah terus bertanyakan jenama minyak wangi tersebut kepada wanita itu.

“Ibu pergi dekat wanita itu dan tanya, what perfume are you using? (minyak wangi apa yang awak pakai?)

“Kemudian wanita itu berkata dia menggunakan minya wangi keluaran penyanyi terkenal, Ariana Grande. Akhirnya ibu pun beli minyak wangi tersebut,” katanya.

Dalam video itu juga kelihatan mata kanak-kanak itu sedikit berkaca sewaktu menunjukkan botol minyak wangi yang masih tersisa peninggalan arwah ibunya sambil menyatakan kerinduan terhadap wanita tersebut.

“Rindu,” jawabnya ringkas sambil menghidu bau minya wangi itu.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sebak dan terharu dengan perkongsian cerita Uwais yang mengalihakn kerinduan terhada dengan cara sedemikian.

“Dia yang bercerita, kita pula yang sebak. Rindu seorang anak terhadap ibunya. Hanya kenangan yang dapat diceritakan,” kata seorang pengguna Instagram.

“Anak sulung mempunyai tempat yang istimewa dalam hati ibu. Ibu pula adalah cinta pertama setiap anak pertama itu. Semua perkara adalah pertama,” ujar seorang netizen.

“Bila rindu anak pada ibunya, semua perkara pasti ada cerita dan kenangan,” kongsi seorang lagi netizen.

Untuk rekod, Sarah yang popular menerusi lagu Kesetiaan meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Sarah yang terpaksa ditidurkan sempat melahirkan anak bongsunya, Ayash Affan secara pembedahan pada 6 Ogos 2021.

Hasil perkahwinan Sarah dan suaminya, Shuib, pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, dan Ariq Matin, 8 dan Ayash, 2 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI