fbpx

Gerhana matahari separa muncul sehari sebelum Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Selepas kali terakhir berlaku tiga tahun lalu, gerhana matahari separa akan muncul semula dan kejadian itu terjadi sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan pakar falak tanah air, Hanafiah Abdul Razak yang juga Imam Masjid Kota Iskandar, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor di Iskandar Puteri.

“Insya-Allah fenomena gerhana itu dapat disaksikan di seluruh negara apabila hampir separuh matahari akan dilindungi bulan pada 20 April kelak. Ketika kejadian, bulan akan kelihatan menyentuh matahari pukul 11.04 pagi.

“Jika di Kuala Lumpur, bulan berada di sebelah kanan penglihatan mata kita di ufuk atau kali langit bumi, manakala matahari pula akan berada di sebelah kirinya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kali terakhir kejadian itu dapat disaksikan di Malaysia ialah pada 21 Jun 2020 lalu ketika umat Islam di negara ini masih lagi meraikan lebaran pada 29 Syawal 1441 Hijrah.

Mengulas lanjut, katanya, gerhana matahari separa atau penuh merupakan fenomena berulang-ulang yang dapat dikira menerusi kaedah ulangan kiraan hilal atau anak bulan takwim Hijrah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI