fbpx

Dua remaja perempuan maut langgar lori buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal ditunggang dua mangsa yang maut dalam kejadian langgar lari di Kilometer 121, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Tanjung Malim semalam. - Foto IHSAN PDRM

TANJUNG MALIM – Dua remaja perempuan maut selepas motosikal ditunggang mereka merempuh sebuah lori yang disyaki membuat pusingan U di Kilometer 121, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Kampung Kelawar di sini malam tadi.

Kejadian dipercayai langgar lari itu mengorbankan mangsa, Mimi Nurwaheeda Nor Kamar Hisham dan Nur Nabila Rosdi masing-masing berusia 19 tahun akibat kecederaan parah.

Difahamkan, kedua-dua mangsa adalah sepupu dan dalam perjalanan dari Hulu Bernam menghala ke Slim River untuk ke rumah nenek mereka di Felda Gunung Besout.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, maklumat nahas membabitkan motosikal jenis Yahama Lagenda 115Z dan lori tangki itu diterima pada pukul 11.18 malam.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, disyaki sebuah lori tangki dengan nombor pendaftaran tidak pasti telah membuat pusingan U, menyebabkan motosikal ditunggang mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar kenderaan berat berkenaan.

“Kemalangan itu mengakibatkan Mimi Nurwaheeda parah digilis dan maut di lokasi kejadian manakala Nur Nabila yang pembonceng motosikal meninggal dunia di Hospital Slim River. Mayat kedua-dua mangsa akan menjalani proses bedah siasat di Hospital Slim River.” katanya di sini hari ini.

“Siasatan lanjut juga sedang dijalankan bagi mengesan lori tangki yang terbabit dalam nahas berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI