fbpx

[VIDEO] Lelaki pukul pemandu, rosakkan kereta berang motosikal dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pergaduhan antara suspek dan pemandu kereta di hadapan sebuah pusat beli-belah di Sungai Petani pada semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang penunggang motosikal bertindak di luar kawalan apabila memukul pemuda dan memecahkan cermin kereta mangsa di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Kampung Baru di sini semalam.

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu berlaku selepas motosikal ditunggang suspek berusia 29 tahun dilanggar kenderaan jenis Nissan Cefiro dipandu mangsa berusia 50 tahun.

Perlanggaran itu turut menyebabkan beberapa motosikal termasuk milik penghantar makanan terbalik.

Suspek yang tidak berpuas hati terus merosakkan kereta dan memukul mangsa menggunakan topi keledar.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga peniaga buku dan peralatan sekolah pukul 8 malam semalam.

Katanya, pergaduhan dipercayai berpunca daripada suspek yang berang kerana motosikalnya dilanggar mangsa ketika menuju ke tempat letak motosikal bersebelahan sebuah bank.

“Dalam laporannya, mangsa yang memandu kereta Nissan Cefiro di laluan keluar bangunan tersebut dikatakan tidak sempat mengelak motosikal ditunggang suspek yang secara tiba-tiba melintas di hadapannya.

“Suspek enggan menerima penjelasan mangsa menyebabkan dia bertindak agresif merosakkan kereta dan memukul mangsa,” katanya di sini hari ini.

Mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Abdul Halim di sini kerana bengkak pada tangan kanan, bahu kiri dan belakang kepala. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI