fbpx

Sukar tidur, Kwon Mina cari pakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KWON MINA

SELEPAS berehat seketika daripada media sosial, penyanyi Kwon Mina kembali mencuri tumpuan peminat selepas memuat naik hantaran berkenaan keadaan terkininya.

Tanggal 26 Oktober lalu, Mina berkongsi sekeping gambarnya berwarna hitam putih dengan memberitahu, dia mengalami masalah sukar tidur meskipun sudah mengambil pil tidur.

“Tidak kira sebanyak mana pil sudah saya ambil, masih sukar untuk lelap. Bila agaknya saya boleh tidur dengan tenang tanpa memikirkan hal lain?

“Saya rasa patut lakukan sesuatu dan saya mahu lakukannya. Tetapi apabila mencuba, saya terfikirkan apakah perkara yang boleh saya lakukan dengan betul?” tulis
Mina yang sebelum ini berehat seketika akibat masalah depresi kerana menjadi mangsa buli ahli kumpulannya.

Bekas anggota kumpulan AOA itu juga mengakui, sudah hilang kepercayaan kepada orang sekeliling disebabkan masalah kebimbangan yang dialami.

“Saya tidak percaya kepada orang sekeliling. Saya tidak boleh berjumpa dengan orang lain sebab masalah kegelisahan dan sebenarnya ini sangat menyukarkan.

“Saya benci dengan semua ini. Sangat sukar untuk saya lalui. Saya cuma mahu tidur dengan tenang,” katanya lagi.

Mina turut bertanya kepada pengikut jika ada mengetahui mana-mana pakar psikiatri terbaik di sekitar Dongtan atau Ilsan untuk dia mendapatkan rawatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI