fbpx

Zambry bertemu Menteri Luar China bincang lawatan PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry (kiri) bergambar dengan Qin Gang di Kementerian Luar China di Beijing, semalam. - IHSAN IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengadakan pertemuan julung kali dengan rakan sejawatnya dari China, Qing Gang di ibu kota Beijing semalam.

Menurut kenyataan Wisma Putra, sesi berkenaan diadakan sejurus ketibaan beliau bersempena dengan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China.

Program khas tersebut yang akan berlangsung hari ini sehingga Sabtu di mana ia turut diadakan bagi meraikan ulang tahun sedekad Perkongsian Strategik Komprehensif.

“Perjumpaan penuh makna dan kedua-duanya membincangkan beberapa isu semasa dan program terperinci lawatan sulung Perdana Menteri ke negara itu,” katanya tadi.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, jadual Zambry juga dilihat padat di mana ia bermula dengan lawatan ke Arab Saudi pada 22 Mac diikuti Kemboja kelmarin dan seterusnya China.

“Sememangnya tujuan dan harapan beliau hanya satu, demi menjadikan Malaysia hebat kembali di persada antarabangsa. Doakan kejayaan ahli delegasi yang hadir,” ujarnya.

Anwar bakal menjadi pemimpin asing pertama bertemu Presiden China, Xi Jinping setelah pemimpin tertinggi negara itu dilantik semula untuk penggal yang ketiga pada 10 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI