fbpx

Tiada lagi geng ponteng puasa ditahan di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GENG plastik hitam sentiasa dipantau pihak berkuasa agama di bulan Ramadan. -GAMBAR HIASAN

KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menggandakan rondaan dan pemantauan di lokasi yang dikenal pasti menjadi tempat melepak orang ponteng puasa atau lebih dikenali dengan panggilan geng plastik hitam sepanjang bulan Ramadan ini.

Ia dilakukan Bahagian Pe­nguatkuasaan JHEAT dan Unit Penguatkuasaan Syariah daerah.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Khairul Azizi Idris berkata, operasi pemantauan diadakan lebih kerap di seluruh ne­geri bagi memastikan umat Islam tidak culas melaksanakan ibadah puasa.

Katanya, hasil pemantauan yang dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini, mereka yang tidak berpuasa membeli makanan dari kedai atau warung yang menjual makanan pada waktu tengah hari.

“Biasanya mereka akan makan di tempat ersorok bagi menge­lakkan perbuatan itu terbongkar seperti di tempat perkelahan, kawasan perindustrian, tapak pembinaan dan tempat rekreasi terpencil.

“Mereka juga sering beri alasan membeli makanan untuk anak kecil dan isteri yang uzur serta penat bekerja berat,” kata­nya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurutnya, individu yang ditangkap kerana makan dan minum termasuk merokok secara terbuka di tempat awam pada bulan Ramadan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 19 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir 2001.

Tambahnya, tindakan sama juga boleh dikenakan ke atas orang yang menjual makanan, minuman dan rokok kepada orang Islam pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadan.

“Umat Islam yang didapati melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Khairul Azizi memaklumkan, JHEAT turut memantau kemungkinan geng plastik hitam membuat tempahan menggunakan aplikasi media sosial untuk menghantar makanan ke rumah atau ke premis tertentu.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, setakat seminggu umat Islam berpuasa, belum ada tangkapan dibuat melibatkan geng plastik hitam di negeri itu.

Katanya, pada tahun lalu, empat individu ditahan kerana ponteng puasa iaitu dua di Besut dan masing-masing satu di Marang dan Dungun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI