fbpx

Sektor media diunjurkan perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perbelanjaan pengiklanan dalam sektor media dijangka menyederhana pada suku tahun kedua ini. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kenanga Research meramalkan pertumbuhan perbelanjaan pengiklanan (adex) yang lebih konservatif tahun ini pada 2.8 peratus, berbanding pertumbuhan sebenar sebanyak 8.6 peratus tahun lalu disebabkan gabungan kurang­nya peristiwa utama dan isyarat halangan makroekonomi global.

Katanya, pihaknya melihat adex lebih lemah pada suku tahun kedua ini kerana sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri tiba lebih awal boleh mengakibatkan pengiklan menumpukan perbelanjaan mereka pada suku tahun pertama.

“Ketika sentimen pengguna bertambah baik, tekanan inflasi dan kebimbangan kemelesetan terus mengeruhkan prospek ekonomi global, seterusnya melemahkan sentimen keseluruhan.

“Keuntungan pemain media utama dijangka menyederhana bagi suku tahun kedua 2023 di­sebabkan kekurangan pemang­kin untuk menarik pengiklan,” kata­nya dalam nota kajian semalam.

Bagi segmen media ­tradi­­si­onal, firma berkenaan meramalkan pertumbuhan adex setahun penuh yang mendatar, sekitar satu hingga dua peratus memandangkan segmen itu te­lah pulih secara meluas ke tahap pra-pandemik.

Menurutnya, televisyen sia­ran percuma (FTA TV) dan radio mungkin terjejas sedikit pada suku tahun kedua kerana pengiklan mengutamakan suku tahun pertama dalam pelanjawan setahun penuh mereka bagi 2023.

“Pada masa sama, kedua-dua segmen ini telah mengekalkan pertumbuhan adex mereka pasca pandemik, dengan FTA TV telah mengekalkan paras adex yang tinggi sewaktu pandemik, manakala radio telah kembali ke paras adex pra-pandemik pada 2022.

“Kami juga percaya bahawa adex akhbar telah stabil selepas kejatuhan drastik semasa Perin­tah Kawalan Pergerakan dan meskipun prospek pertumbuhan jangka panjang untuk segmen ini adalah terhad, angka adex hanya berlegar sedikit tinggi atas paras pendemik walaupun selepas pembukaan semula.

“Hal ini membayangkan ­bahawa ia telah mencapai titik terendahnya buat masa ini,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI