fbpx

Terbuka Australia ujian pertama Andre

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDRE enggan mengulangi nasib malang yang sama seperti aksi kelayakan kelmarin apabila menyaksikan dua lompatan awalnya dibatalkan.

KUALA LUMPUR – Jaguh lompat kijang negara, Andre Anura Anuar bersedia untuk menguji kemampuannya pada penampilan pertamanya di pentas antarabangsa tahun ini.

Atlet berusia 24 tahun dari Sabah itu akan berentap di pusingan kelayakan saingan Terbuka Australia yang berlangsung di Queensland Sport & Athletics Centre (QSAC), Brisbane pada pukul 1.45 petang esok.

Ia bakal memperlihatkan prestasi dan potensi sebenar Andre dalam misinya menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh bermula 5 hingga 17 Mei depan.

Ia sekali gus dapat mempertahankan kejayaan dimenangi pemegang rekod lompat jauh kebangsaan itu pada edisi Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi tahun lepas.

NORLIYANA (kiri) akan beraksi dalam acara lompat tinggi Terbuka Australia pada Sabtu ini.

Kejohanan itu juga dilihat antara langkah persediaan buat Andre yang akan menghadapi satu lagi ujian besar tahun ini iaitu Sukan Asia di Hangzhou, China pada September nanti.

Selain Andre, dua atlet wanita negara, Ngu Jia Xin dan Norliyana Kamaruddin juga dihantar beraksi dalam kejohanan itu untuk acara lompat tinggi yang akan berlangsung Sabtu ini.

Turut mengambil bahagian di sana ialah lima pelari pecut negara diketuai Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Haiqal Hanafi, Jonathan Nyepa, Muhammad Arsyad Md. Saat dan Muhammad Zulfiqar Ismail.

Ia juga peluang pertama buat ketua jurulatih pecut negara, Mohd. Poad Kassim untuk melihat potensi kuartet 4x100m lelaki pada saingan kejohanan itu petang esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI