fbpx

Sasar RM30 bilion jualan syarikat jualan langsung menjelang 2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin menyampaikan lesen jualan langsung kepada wakil syarikat di KPDN, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mensasarkan peningkatan RM30 bilion bagi nilai jualan syarikat jualan langsung menjelang tahun 2028.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, industri jualan langsung negara ini perlu bergerak pantas untuk mencapai angka tersebut dalam masa lima tahun kerana ia menjadi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Pada tahun 2021, nilai jualan direkodkan mencecah RM27 bilion, justeru KPDN unjurkan dalam masa lima tahun industri itu boleh mencapai RM30 bilion.

“Industri ini sebenarnya sangat berpotensi untuk mereka yang tidak mahu bekerja pada waktu pejabat, dihambat masa atau tersekat dalam kesesakan sebagai contoh dalam segmen ekonomi gig, mereka boleh menggunakan jualan langsung sebagai satu medium untuk meraih pendapatan yang lumayan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan geran kajian, pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C) Program Khazanah Alam Industri Jualan Langsung di sini hari ini.

Majlis tersebut menyaksikan sebanyak 14 syarikat jualan langsung menerima lesen baharu manakala 54 syarikat menerima lesen pembaharuan.

Justeru, Salahuddin berharap dengan pemberian geran tersebut ia dapat meningkatkan dan memajukan industri jualan langsung serta membantu syarikat mengkomersilkan produk mereka.

Dalam perkembangan berlainan, Salahuddin berkata, KPDN akan mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFS) petang ini bagi meneliti tentang isu kenaikan harga ayam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI