fbpx

Skuad tenis tenang hadapi cabaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENOLONG CDM Malaysia ke Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Shalin Zulkifli (kanan) berbincang dengan Imran (kiri) dalam lawatan di Pusat Tenis Tun Razak semalam. - MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad tenis negara, Zulkhairi Mohd. Khir enggan menganggap cabaran mengumpul kesemua lapan pemain sebagai halangan membentuk pasukan ampuh ke Sukan SEA Kemboja 2023 bermula 5 Mei depan.

Menurutnya, pemain-pemainnya yang kini beraksi di kejohanan luar negara mempunyai ‘misi tersendiri’ untuk mengumpul mata ranking bagi membolehkan Malaysia mendapat undian lebih baik di Kemboja nanti.

Beliau percaya dapat mengumpul kesemua mereka untuk berlatih bersama di Kuala Lumpur dua minggu sebelum bermulanya Sukan SEA untuk acara tenis yang akan diadakan di Kompleks Tenis Morodok.

“Mitsuki Leong ketika ini berada di India, Darrshan Suresh di Tunisia, Saw Jo Leen pula di Sepanyol, manakala Shihomo Leong pula baru balik dari Singapura.

“Bila bertanding di kejohanan luar, lawan-lawan yang mereka hadapi adalah pemain-pemain profesional. Jadi ia akan memberikan lebih banyak pendedahan dan pengalaman supaya membantu mereka lebih bagus.

IMRAN Daniel antara pemain tenis negara yang tidak menyertai kejohanan di luar negara ketika ini. – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

“Kami harap mereka mampu ke pusingan kedua, suku akhir dan seterusnya untuk mereka mengumpul mata ranking,” jelas Zulkhairi ketika lawatan Chef de Mission (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Kemboja 2023 di Kompleks Tenis Tun Razak semalam.

Buat masa ini, hanya dua pemain berlatih di tanah air iaitu Christian Andre Liew dan Imran Daniel Abd Hazli.

Dalam masa sama, Zulkhairi turut menaruh keyakinan tinggi terhadap tuan rumah untuk menyiapkan venue dan mendapatkan kelulusan gelanggang daripada Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF).

Edisi di Hanoi tahun lalu menyaksikan skuad negara membawa pulang dua pingat gangsa yang disumbangkan menerusi acara berpasukan lelaki dan beregu wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN