fbpx

Cuaca buruk di Sabah, Sarawak hingga 4 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua buah negeri sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan Sarawak dan Sabah.

“Sarawak di Kuching, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Kapit dan Limbang” kata MetMalaysia.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lima daerah di Sabah masing-masing melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI