fbpx

2 kali kena tipu, akhirnya Wafariena miliki Honda Civic RS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASIL titik peluh, Wafariena akhirnya berjaya memiliki kereta sendiri.

PETALING JAYA – Pernah kerugian RM5,000 ditipu ejen jualan palsu, perasaan serik pelakom Wafariena terbayar apabila berjaya memiliki sebuah kereta sendiri jenis Honda Civic RS.

Selepas bertahun-tahun menggunakan kenderaan milik kakak untuk urusan kerja, penat lelah berbaloi apabila kereta baharu itu sampai ke tangannya pada Ramadan keenam (semalam).

“Ini memang kereta pertama saya atas nama sendiri yang saya ibaratkan sebagai rezeki bulan puasa kerana mengambil kereta ini pada Ramadan keenam.

“Mahu dijadikan cerita, pinjaman saya pula diluluskan tepat pukul 12 semasa malam tahun baharu dan merasakan seperti permulaan tahun baharu yang bagus,” luahnya gembira.

Menceritakan pengalaman ditipu, insiden berkenaan berlaku lebih setahun lalu apabila jurujual terbabit menghilangkan diri selepas menerima sejumlah wang deposit.

“Sebelum ini saya pernah tipu dua kali dengan orang berbeza sebanyak RM5,000 semasa ingin membeli kereta. Selepas sahaja mengirimkan duit, individu tersebut lari.

“Kali kedua saya tertipu sekelas terpengaruh dengan sebuah iklan jualan kereta. Lebih menguatkan lagi kepercayaan saya apabila membaca komennya yang baik-baik sahaja.

“Namun, perkara tersebut mengajar saya untuk tidak mudah percayakan sesiapa walaupun nampak benar. Kalau mahukan apa-apa kena betul-betul cari orang yang tepat untuk membantu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Dalam masa sama, pelakon yang terkenal menerusi drama 7 Hari Mencintaiku itu juga berhasrat berkongsi rezeki apabila merancang membeli sebuah lagi kereta baharu untuk kegunaan keluarga.

“Sebak bukan sebab sedih tetapi gembira. Benda yang kita penat berusaha, hasil titik peluh dan sokongan ibu akhirnya dapat membeli sebuah kereta lebih besar.

“Hantaran yang dibuat dalam Instagram ini juga untuk berkongsi benda baik supaya orang tengok apa yang kita mahu kita harus berusaha,” katanya.

“Akan datang saya fikir mahu beli kereta keluarga walaupun sekarang sudah ada cuma mahu memperbaharui seperti Alphard atau Vellfire,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI