PETALING JAYA – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd. Nor mendakwa dilarang menyertai sebarang majlis anjuran kerajaan Persekutuan.
Bukan itu sahaja, Muhammad Sanusi juga dilarang untuk hadir majlis kerajaan Persekutusan di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) pada 23 hingga 27 Mei depan.
Difahamkan, ia keputusan terbaharu Kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Apa boleh buat. Kalau awak panaih (panas), janganlah pula koyak,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook sebentar tadi.
Bagaimanapun, Muhammad Sanusi tidak menjelaskan sebab-sebab keputusan itu diambil dan bila dia dimaklumkan mengenainya. – KOSMO! ONLINE