fbpx

Bella Astillah trauma, menggigil ramai pasangan selebriti bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENGAKUI trauma membaca berita perceraian melibatkan selebriti, Bella sentiasa berdoa agar Allah terus melindungi rumah tangganya bersama suami, Aliff Aziz.

KUALA LUMPUR – Pernah beberapa kali berdepan krisis rumah tangga dengan suami, Aliff Aziz hingga pernah bercerai, pelakon jelita Bella Astillah mengakui trauma dengan apa yang berlaku sekarang melibatkan pasangan selebriti tanah air.

Bella, 29, berkata, kadang-kadang tubuhnya menggigil apabila membaca laporan berita perkahwinan pasangan selebriti berada di ambang perceraian.

“Doakan Bella dan Aliff tau. Sebab bila tengok berita sekarang, saya shaking (menggigil-gigil). Tiba-tiba bercerai apa semua, Ya Allah. Takutnya.

“Bila buka media sosial, semua berkenaan pasangan bercerai. Trauma. Terus saya panjatkan doa agar rumah tangga saya dan kawan-kawan yang sedang diuji agar dilindungi,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis berbuka puasa Universal Music Malaysia di Hotel Royal Kuala Lumpur, malam tadi.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah mengulas lanjut, dia berasa sebak dengan apa yang berlaku kerana dirinya juga pernah berasa dalam dilemma sama (bercerai).

“Sebenarnya, saya sebak. Saya faham sangat berada di tempat mereka. Apa yang saya titipkan di sini semoga mereka lebih tabah dan dapat mengatasi ujian ini.

“Nak melalui fasa ini (bercerai) bukan senang. Orang di luar sana akan suruh kita ‘move on’ tapi bukan mudah lagi-lagi kalau dah ada anak.

“Tapi, saya percaya kawan-kawan sangat kuat dan ada sokongan daripada keluarga, itu yang lebih penting,” katanya lagi.

Sebelum ini, rumah tangga peserta program hiburan, Famili Duo itu sekali lagi diuji apabila suaminya, Aliff Aziz terjebak dengan ‘cinta lokasi’ bersama aktres jelita, Sophia AlBarakbah.

Mereka digandingkan bersama dalam drama rantaian, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Terdahulu, Aliff pernah juga dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita lain seperti Oktovia Manrose dan Afifah Nasir.

Bella dan Aliff bercerai pada Mei 2019 namun tidak lama selepas itu, mereka kembali bersatu pada April 2020.

Hasil perkongsian rumah tangga, kehidupan mereka kini terus bahagia di samping dua cahaya mata, Muhammad Ayden Adrian, 6, dan Ara Adreanna, 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI