fbpx

Ismail Sabri jalani pembedahan kecil di HUKM pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Azran bersama Ismail Sabri (tengah) di Facebooknya, hari ini.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan menjalani pembedahan kecil di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), pagi ini.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Pegawai Khas Media dan Komunikasi Strategik beliau, Azran Fitri Rahim, di Facebooknya, hari ini.

Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan secara terperinci punca pembedahan tersebut dilakukan.

“Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjalani pembedahan kecil di HUKM pagi ini. Doakan semoga dipermudahkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI