fbpx

Wanita dakwa ayam dibeli tak disembelih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fathin mendakwa kepala ayam yang dibelinya di sebuah pasar raya di Kuala Kangsar semalam ditebuk.

KUALA KANGSAR – Seorang wanita mendakwa ayam yang dibelinya di sebuah pasar raya di sini tidak disembelih mengikut syarak sebaliknya bahagian kepala haiwan itu ditebuk.

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Fathin Elida, dia mendapati ayam dibelinya tidak disembelih setelah meneliti sendiri bahagian kepala haiwan tersebut.

“Selalunya saya minta kepala ayam, pekerja memang tak bagi. Tak tahulah kenapa.

“Kali ini saya minta juga nak kepala ayam, nasib baik pekerja itu bagi. Apabila tengok, terkejut saya! Baru dapat tahu kepala ayam itu ditebuk!,” katanya dalam satu hantaran semalam.

Menurutnya, persoalan mengapa begitu sukar mendapatkan kepala ayam daripada pekerja pasar raya itu terjawab apabila haiwan tersebut tidak disembelih mengikut syarak.

“Patutlah susah sangat nak beri kepala ayam itu. Di bulan puasa pun buat dosa-dosa kering. Untuk pengetahuan semua, jika tebuk kepala ayam tu bermakna tidak halal,” dakwanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.

Menurut beliau, siasatan tetap akan dijalankan biarpun dakwaan itu hanya dilakukan di media sosial dan bukan secara rasmi kepada pihaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI