fbpx

Enam hari berpuasa, warga Wilayah Persekutuan hormat bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bahagian Penguatkuasaan Jawi menampal poster menghormati bulan Ramadan di beberapa restoran dan premis makanan di sekitar Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Belum ada sebarang teguran atau amaran dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terhadap mana-mana individu yang tidak menghormati bulan Ramadan, setakat ini.

Jawi menerusi kenyataan hari ini berkata, bahagian penguatkuasaannya sentiasa melaksanakan aktiviti pemantauan dan rondaan dari semasa ke semasa sepanjang bulan Ramadan ini.

“Rondaan dilakukan di premis makanan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Penguatkuasaan mengikut ‘Kesalahan Tidak Menghormati Ramadhan’ yang diperuntukkan di bawah Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559),” kata  kenyataan itu.

Menurut Jawi, antara kesalahan yang digariskan termasuk menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta dalam waktu itu.

Selain itu, kata Jawi, kesalahan lain adalah melakukan secara terbuka atau di tempat awam iaitu makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya.

“Dalam pada itu, kami turut melaksanakan kempen penerangan dan kesedaran menghormati bulan Ramadan kepada peniaga dan pemilik. Antaranya menampal poster kempen di restoran  dan mengedarkan risalah kepada masyarakat,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI