fbpx

Euro 2024: Perancis makin selesa kuasai Kumpulan B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAVARD muncul wira Perancis apabila meledak gol kemenangan ketika menewaskan Ireland awal pagi semalam. – AFP

DUBLIN, Ireland – Benjamin Pavard kembali berada pada ­prestasi terbaiknya di pentas antarabangsa selepas meledak gol tunggal untuk membantu Perancis mengatasi Ireland 1-0 pada perlawanan kelayakan Euro 2024, awal pagi semalam.

Kemenangan itu menyaksikan finalis Piala Dunia Qatar 2022 tersebut memenangi kedua-dua perlawanan awal Kumpulan B selepas membelasah Belanda 4-0, Jumaat lalu.

Pengendali Perancis, Didier Des­champs mengakui lega de­ngan kemenangan tersebut selepas Ireland bertahan cukup baik untuk mencari keputusan seri.

“Apa yang boleh saya katakan, perlawanan hari ini tidak mudah kerana Ireland mengekalkan tekanan sepanjang perlawanan dan enggan mengalah.

“Enam mata adalah satu keputusan yang hebat. Tahniah kepada semua yang bekerja keras dalam perlawanan ini, tetapi apa yang boleh saya katakan ialah perjalanan masih lagi panjang,” kata Deschamps.

Dalam pada itu, Deschamps turut memuji persembahan Pavard yang kembali pada prestasi terbaiknya semula untuk membantu Perancis meraih tiga mata penting.

“Dia (Pavard) berada pada landasan tepat dan jaringannya memastikan kemenangan milik kami. Semua orang boleh me­ng­alami penurunan prestasi dan sekarang dia kembali mencapai tahap terbaiknya,” ujarnya.

Sementara itu, meskipun tewas, pemain sayap Ireland, Chiedozie Ogbene memuji persembahan pasukannya.

“Kami patut bangga kerana berdepan salah satu pasukan terbaik di dunia dan masa depan kami sangat cerah,” ujar Ogbene. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI