fbpx

Cuaca buruk di beberapa negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu  dijangka melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Kedah di Kubang Pasu, Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, Perak di Larut, Matang Dan Selama, Johor di Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai,” kata kenyataan itu.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di dua daerah di Sarawak masing-masing Miri dan Limbang, manakala tiga daerah di Sabah adalah pedalaman (Beaufort), Pantai Barat dan Sandakan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI