NAMA Bunga Citra Lestari sekali lagi menjadi sorotan netizen selepas memuat naik video sambutan ulang tahun ke-40 baru-baru ini.
Bunga atau lebih mesra disapa BCL kini terbuka memperlihatkan kemesraan dengan seorang lelaki yang dipercayai kekasih baharunya.
Lelaki bernama Tiko Aryawardhana itu dikatakan kelihatan dalam semua video sambutan, termasuk bersama keluarganya di rumah.
Kehadiran Tiko yang juga duda anak tiga dalam keluarga BCL nampaknya mencetuskan rasa kurang senang dan mengundang sindiran sinis netizen.
Segelintir mereka meminta penyanyi lagu Cinta Sejati itu membuang nama Sinclair pada Instagram miliknya jika merancang untuk berkahwin dengan Tiko.
“Kenapa saya yang sedih ya bila BCL sudah ada kekasih. Dia dengan Ashraf sangat sepadan.
“Tolong buang nama belakang Sinclair kalau sudah mahu menikah dengan Tiko.
“Tidak jadi sampai syurga dengan Ashraf nampaknya, sudah ada pengganti,” komen beberapa netizen.
Sehingga kini, BCL belum memberi sebarang pengesahan mengenai gosip berkenaan.
Bunga hidup solo selepas kematian suaminya, Ashraf Sinclair akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.