RAMADAN pastinya menjadi tumpuan untuk umat Islam melakukan amal ibadah. Tidak melepaskan peluang, pelakon terkenal Baim Wong berazam untuk khatam al-Quran pada Ramadan tahun ini.
Seperti tahun sebelum ini, Baim berkata, dia masih boleh mengatur ibadahnya dengan baik biarpun sibuk bekerja.
“Ramadan tahun ini sama seperti tahun lalu saya akan buka puasa, tarawih dan tadarus di pejabat bersama pekerja.
“Kali ini saya mahu khatam al-Quran kerana sudah lama tidak baca al-Quran,” ujarnya.
Suami kepada Paula Verhoeven itu bersyukur tidak pernah meninggalkan solat wajib dan sunat sepanjang Ramadan.
Baim juga menjalani bulan Ramadan secara sederhana dan tidak terlalu memikirkan soal makanan.
“Saya berbuka puasa dan sahur di pejabat. Makan apa sahaja seperti hari biasa saja,” ujarnya.