PENGACARA popular Rina Nose tidak mahu mengambil terlalu banyak pekerjaan sepanjang bulan Ramadan.
Rina berbuat demikian kerana mahu berehat demi kesihatan mental dan enggan terkejar-kejar mencari duit sepanjang bulan mulia ini.
“Ramadan kali ini tidak ambil banyak kerja, hanya mengacarakan satu program sahur saja.
“Sebelum ini saya ambil banyak program sampai empat program.
“Sangat penat dan tidak bagus untuk kesihatan mental saya,” ujarnya.
Wanita berusia 39 tahun itu baru menyedari tahap kesihatannya menurun jika mengambil terlalu banyak pekerjaan ketika bulan Ramadan.
“Kesibukan masa bulan puasa ini tidak bagus. Kesihatan mental saya akan terkesan gara-gara tak cukup tidur dan emosi juga terganggu.
“Perkara itu secara tidak langsung menjejaskan kualiti persembahan dalam program-program yang saya kendalikan,” ujarnya.