fbpx

Pengendali makanan dinasihatkan tidak pakai barang kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster peringatan yang dikongsi di laman Facebook Public Health Malaysia

PETALING JAYA – Pengendali makanan terutama yang berniaga di bazar Ramadan dinasihatkan tidak memakai sebarang aksesori semasa mengendalikan makanan.

Ini kerana menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), aksesori seperti gelang emas dikhuatiri menjadi tempat pembiakan kuman dan kotoran.

Sekali gus kata PHM, ia boleh menyebabkan pencemaran pada makanan dan minuman yang dijual oleh seseorang peniaga.

“Perhatian kepada pengendali makanan , pastikan anda tidak memakai gelang emas atau aksesori semasa mengendalikan makanan.

“Terdapat banyak kotoran dan kuman yang berkumpul dicelah-celah aksesori tersebut dan ini boleh menyebabkan pencemaran makanan berlaku,” tulisnya di laman Facebook.

Menurut PHM, selain gelang emas, jam tangan dan cincin juga tidak sesuai dipakai semasa mengendali makanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI