fbpx

Saya tak kenal siapa dia – Farid Kamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID secara sinikal mengakui seolah-olah tidak mengenali lelaki bernama Syamsul Yusof yang baru-baru ini memetik mahu mengheretnya ke mahkamah berhubung satu isu sindiran dalam laman sosial.

SHAH ALAM – “Saya tak kenal siapa dia.”

Berbunyi sinikal namun itulah jawapan ringkas pelakon Farid Kamil berhubung tindakan undang-undang yang bakal diambil Syamsul Yusof terhadapnya susulan satu sindiran kononnya mendakwa pengarah sensasi itu pernah memukul seorang wanita bernama Diana sebelum ini.

Farid ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi tadi, memberikan jawapan ringkas tersebut sambil tersenyum mengulas persoalan media mengenai tindakan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.

‘Diana’ yang disebutkan dalam InstaStory Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari sebelum ini dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle.

Terdahulu, Diana atau nama sebenarnya, menerusi satu siaran audiosiar (podcast) Studio Sembang mendedahkan dirinya dipukul seorang lelaki yang merupakan bekas kekasihnya namun tidak menyebut sebarang nama.

“Waktu itu, saya baru habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya ada benjol besar (lump) di belakang tengkuk disebabkan dipukul bekas teman lelaki sebelum saya menjalin hubungan dengan Farid,” kata Diana.

Sebelum ini, Syamsul memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid disebabkan muat naik kenyataan yang disifatkannya sebagai kebudak-budakan tersebut.

Untuk rekod, Syamsul dan Diana pernah menjadi pasangan kekasih sekitar 2005 sebelum hubungan mereka berakhir pada penghujung 2008.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI