fbpx

Bukti cinta, Farid Kamil beli cincin kahwin ‘baharu’ untuk Diana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARID membelikan sebentuk cincin baharu untuk Diana sebagai simbolik sambutan ualng tahun mereka yang ke-11.

SHAH ALAM – Sebagai bukti kesungguhan dan kasih sayangnya ingin mempertahankan perkahwinan dengan isteri, Diana Danielle, pelakon Farid Kamil bukan hanya membawa sejambak bunga bahkan turut membeli sebentuk cincin baharu untuk wanita terkasihnya itu.

Cincin tersebut dibeli sebagai simbolik ulang tahun ke-11 perkahwinannya bersama pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson itu.

Sama nasib seperti yang dibawa, malangnya, cincin tersebut juga enggan tidak diterima Diana.

“Bunga pun dibuang, apatah lagi cincin. Saya beli tahun ini sebagai ‘celebration’ (sambutan) ulang tahun perkahwinan kami yang ke-11.

“Tak adalah mahal sangat tapi cukuplah,” katanya kepada media usai proses perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini sebentar tadi.

Terdahulu, Farid, 42, hadir ke mahkamah dengan membawa jambangan bunga buat isterinya itu namun pemberian tersebut ditolak mentah-mentah oleh Diana.

Diana turut mendakwa cincin perkahwinannya dengan Farid sudah dihilangkan suaminya itu sejak lapan tahun lalu.

Pada 10 Mac lalu, Diana, 32, memfailkan permohonan cerai.

Bagaimanapun, Farid yang bakal hadir dengan filem terbaharu berjudul Anwar: The Untold Story enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI